Apakah yang perlu saya buat sekiranya majikan tidak mencarumkan saya ke TAP?
APAKAH YANG PERLU SAYA BUAT SEKIRANYA MAJIKAN TIDAK MENCARUMKAN SAYA KE TAP?
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mendaftarkan dan mencarumkan pekerja-pekerja (yang layak) ke TAP.
Sekiranya awda mendapati awda tidak didaftarkan atau dicarumkan ke TAP, awda perlu membuat aduan dengan mengunjungi Kaunter-Kauter TAP terdekat dengan serta merta.
Semasa membuat aduan, awda hendaklah membawa dokumen-dokumen yang berkaitan seperti :
1. Laporan daripada Balai Polis (pengadu hendaklah membuat laporan terlebih dahulu ke balai polis)
2. Kontrak / Perjanjian bekerja dibawah majikan yang dimaksudkan
3. Slip gaji bulanan
4. Dokumen-dokumen tambahan bagi memudahkan siasatan dari Pegawai Pemeriksa TAP.