Apakah fungsi Utama TAP?
(1) APAKAH FUNGSI UTAMA TAP ?
Sebagai sebuah organisai keselamatan sosial, TAP mewajibkan simpanan secara mandatori kepada rakyat dan penduduk tetap negara ini yang bekerja dan berumur dibawah 55 Tahun. Ianya adalah bagi memastikan setiap rakyat dan penduduk tetap negara ini mempunyai simpanan setelah bersara kelak.
Caruman ahli akan dilaburkan bagi memperolehi dividen yang mana akan dikreditkan kedalam akaun ahli. Objektif pelaburan adalah bagi menjaga dan menambah nilai simpanan ahli di TAP. Pelaburan dibuat secara hemat selaras dengan risiko yang berpatutan bagi mendapatkan pulangan yang optima.
Walaubagaimanapunm, TAP ingin menekankan bahawa ahli-ahli perlu memahami pulangan pelaburan tidak semestinya memberikan kadar yang positif dan tinggi, memandagkan ianya adalah bergantung kepada keadaan ekonomi dan pasaran pelaburan yang tidak menentu dan dinamik. Ahli-ahli TAP juga perlu megambil maklum bahawa ada masanya pulangan pelaburan menjadi negatif disebabkan kemerosotan ekonomi dan pasaran pelaburan global.