Skim Pengeluaran Hak Waris

Kelayakan
1. Pentadbir Pusaka (pewaris) yang dilantik oleh Mahkamah Waris ; atau
2. Pengadu yang memaklumkan yang ahli telah meninggal dunia.


Jumlah Pengeluaran
100% dikeluarkan kepada pentadbir pusaka yang dilantik oleh mahkamah waris

Dokumen yang perlu dihadapkan
Pewaris
1. Borang Pengeluaran TAP 22 yang diisikan dengan lengkap.
2. Salinan Surat Pentadbir Pusaka dari mahkamah (**).
3. Salinan Kad Pengenalan Pewaris (**).
Pengadu
1. Borang ‘Sebelum Penetapan Hak Waris’ yang diisikan dengan lengkap.
2. Salinan Sijil Kematian ahli (**).
3. Salinan Kad Pengenalan Pengadu (**).


** Dokumen asal akan diperlukan untuk pengesahan


1.
Pengadu dan Pewaris yang dilantik tidak semestinya orang yang sama.

2. Setelah menerima maklumat tentang kematian ahli, pihak TAP akan mengeluarkan surat makluman kepada Mahkamah Waris bagi tujuan
mensahkan jumlah simpanan ahli.

3. Pewaris hanya layak menerima simpanan ahli setelah Surat Perlantikan Pentadbir Pusaka dikeluarkan oleh pihak mahkamah.