Skim Pengeluaran Perumahan

Kelayakan
1) Keahlian selama 10 tahun dengan sekurang-kurangnya 5 tahun aktif mencarum, atau
2) Mempunyai simpanan
tidak kurang dari $40,000
3) Pengeluaran hendaklah bagi tujuan untuk pembelian, pembinaan ataupun pembayaran baki pinjaman untuk membeli /membina rumah baru

Jumlah Pengeluaran
1) Perumahan I
(Tanah yang sudah di bawah nama ahli)
Tidak melebihi 20% dari kos pembinaan atau pembelian.
2) Perumahan II (Tanah yang belum di bawah nama ahli)
Tidak melebihi 10% dari kos pembinaan atau pembelian $150,000 ke atas, atau
Tidak melebihi
15% dari kos pembinaan atau pembelian $149,999.99 ke bawah
3) Jumlah yang dikeluarkan hendaklah tidak melebihi 45% daripada simpanan ahli

DOKUMEN YANG PERLU DIHADAPKAN
1) Borang Pengeluaran Perumahan (TAP 24) yang diisikan dengan lengkap
2) Salinan Kad Pengenalan Ahli **
3) Borang pengesahan daripada ahli mengenai jumlah baki yang perlu dijelaskan dan kebenaran untuk dibayarkan untuk bayaran terus kepada penerima (penghutang)
4) Salinan Geran Tanah / Pengesahan memiliki tanah daripada perumahan / Pengesahan memiliki tanah TOL **
5) Salinan kasar Pelan menuju ke tapak rumah (untuk tujuan pemeriksaan / penggambaran)


DOKUMEN TAMBAHAN BAGI :

PEMBAYARAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN :

Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan (Jabatan Perbendaharaan / Bank) **
Salinan Sijil Pengesahan Baki daripada Bank / Jabatan Perumahan / Yayasan **
Salinan Slip Gaji terkini (Bagi pinjaman daripada Jabatan Perbendaharaan)

PEMBELIAN :
A) Tanah Kekal
1) Salinan Pelan rumah (Aras Depan)
2) Salinan Perjanjian Jual Beli Rumah**
3) Salinan Surat Kuasa Peguam **
4) Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan
B) Kampong Ayer
1) Salinan Pelan kedudukan rumah
2) Salinan surat Perjanjian Jual Beli Rumah
3) Surat Kebenaran daripada Pejabat Daerah
bagi tukar milik rumah

PEMBINAAN :
1) Salinan Pelan Rumah (Aras Depan)
2) Salinan Perjanjian Pembinaan **
3) Salinan Lesen 16 & 17 kontraktor
4) Salinan Perjanjian Pinjaman Perumahan (Jabatan Perbendaharaan / Bank)

** Dokumen asal diperlukan untuk pengesahan

Setiap ahli hanya layak membuat sekali permohonan sahaja