Skim Pengeluaran Hilang Keupayaan

Kelayakan
Ahli yang disahkan tidak lagi boleh bekerja kerana hilang keupayaan dari segi jasmani dan mental.


Jumlah Pengeluaran
Ahli dibolehkan membuat pengeluaran simpanan sehingga 100%.


Dokumen yang perlu dihadapkan
1. Borang Pengeluaran TAP 20 yang diisikan dengan lengkap.
2. Salinan Kad Pengenalan Ahli.
3. Laporan rasmi Lembaga Perubatan yang telah disahkan dari pihak hospital dengan kenyataan
‘Permanently Unfit’ untuk bekerja.
* Kad Pengenalan asal akan diperlukan untuk pengesahan.

Maklumat Tambahan

  • Sesiapa yang didapati memberi keterangan palsu adalah melakukan kesalahan. Ahli tersebut akan dikehendaki untuk mengembalikan keseluruhan jumlah wang yang telah dikeluarkan termasuk dividen, kos pentadbiran dan apa-apa jua denda yang mungkin dikenakan kepadanya.

  • Setiap pengeluaran adalah tertakluk kepada Akta dan Aturan-Aturan TAP.