Skim-Skim Pengeluaran TAP

Di bawah Bab 17 Akta TAP Penggal 167, awda boleh mengeluarkan simpanan awda apabila mencapai umur 55 tahun, walaubagaimanapun awda juga boleh mengeluarkan simpanan awda melalui skim-skim pengeluaran berikut :

1. Pra persaraan 50 tahun
2. Skim Pengeluaran selepas 55 tahun
3. Hilang Keupayaan
4. Hak waris
5. Berhijrah Ke Negara Lain
6. Pembinaan atau pembelian rumah

Setiap pengeluaran hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh
Akta dan Aturan TAP.


Borang Permohonan


  1. Borang Permohonan boleh didapati dikaunter-kaunter TAP atau memuat turun dari laman web.

  2. Dokumen asal diperlukan untuk pengesahan.

  3. Setiap ahli hanya layak membuat sekali permohonan sahaja



Penyerahan Borang Permohonan

Borang permohonan dan dokumen yang berkaitan hendaklah diserahkan ke kaunter-kaunter perkhidmatan TAP