Skim Pengeluaran Berhijrah Ke Negara Lain
Kelayakan
Ahli yang berhijrah ke negara lain dan menyerahkan
kerakyatannya
Jumlah pengeluaran
Ahli dibolehkan membuat pengeluaran simpanan sehingga
100%.
Dokumen yang perlu dihadapkan
1. Borang Pengeluaran TAP 26, yang diisikan dengan lengkap.
2. Visa / Surat pengesahan menjadi kerakyatan negara asing.
3. Surat pengesahan penyerahan kerakyatan Brunei Darussalam dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam
Maklumat Tambahan
Sesiapa yang didapati memberi keterangan palsu adalah melakukan satu kesalahan. Ahli tersebut akan dikehendaki untuk mengembalikan keseluruhan jumlah wang yang telah dikeluarkan, termasuk dividen, kos pentadbiran dan apa-apa jua denda yang mungkin dikenakan kepadanya.