Aturan-aturan TAP 1999

Aturan 3 (1)

Majikan wajib berdaftar ke TAP sebelum hujung minggu pertama pada bulan pertama membayar gaji.

Aturan 6 (1)
Majikan hendaklah mendaftarkan setiap pekerja yang diwajibkan mencarum ke TAP.

Aturan 17 (1)
Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan memberikan penyata gaji kepada tiap-tiap pekerja dan penyata gaji itu hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh Lembaga.

Aturan 17 (2)
Tiap-tiap majikan hendaklah menyediakan dan menyimpan satu daftar atau lebih yang mengandungi maklumat sebagaimana yang mungkin ditetapkan oleh TAP. Daftar-daftar tersebut hendaklah disimpan bagi suatu tempoh dan tiap-tiap butir yang direkodkan didalamnya hendaklah disediakan untuk pemeriksaan selama tidak kurang dari enam tahun setelah direkodkan