Akta TAP Penggal 167

Bab 7 (1)

Majikan hendaklah membayar caruman tiap-tiap pekerja ke TAP pada kadar yang ditetapkan.

Bab 8 (1)
Majikan bertanggungjawab membuat pembayaran kedua-dua caruman dari pihak majikan dan mewakili pembayaran caruman dari pihak pekerja.

Bab 8 (3) & Bab 10 (1)
Majikan hendaklah bertanggungjawab untuk membayar kerugian dividen dan perkhidmatan atas kelewatan pembayaran caruman.

Bab 23
Adalah sabit kesalahan atas mana-mana majikan yang
i/. memberikan penyataan atau dokumen palsu
ii/. gagal membayar bagi pihak pekerja kepada TAP pada tarikh yang ditetapkan
iii/. menghalang pegawai TAP menunaikan tugas
iv/, gagal mematuhi peraturan atau Aturan 1999
v/, gagal membayar sebarang bayaran bertanggungan kepada TAP