Cara Pendaftaran Ahli
Pendaftaran Baru
Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk mendaftarkan pekerja-pekerja mereka ke TAP dengan menggunakan Borang [ TAP02 ]. Setiap pendaftaran hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan pekerja. Pekerja yang telah didaftarkan akan menerima Sijil Akuan Ahli yang mengandungi Nombor Akaun ahli di TAP.

Borang boleh diperolehi dimana-mana kaunter TAP atau melalui muat turun Borang.
Pindaan Maklumat
Bagi ahli yang pernah berdaftar ke TAP dan berpindah ke majikan baru, majikan hendaklah mendaftarkan ahli berkenaan dengan menggunakan Borang [ TAP03P ].
Ahli yang ingin membuat pindaan keatas maklumat mereka di TAP , seperti Nama, Alamat Persuratan, Pertukaran Nombor Kad Pengenalan atau sebagainya, hendaklah mengisikan Borang [ TAP03P ].
Borang boleh diperolehi dimana-mana kaunter TAP atau melalui muat turun Borang.
Majikan hendaklah memaklumkan kepada TAP dengan secepatnya sekiranya pekerja yang didaftarkan tidak lagi bekerja.