Kadar Caruman

Kadar

Kadar Caruman minima yang ditetapkan oleh Lembaga pada masa ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok pekerja; iaitu 5% dari pihak pekerja dan 5% dari pihak majikan. Perkiraan caruman bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah digenapkan kepada jumlah ringgit teratas. Contoh:


bulan
$925.00
5% daripada $925
$46.25
Jumlah ringgit teratas
$47.00
Caruman awda
$47.00
Caruman majikan
$47.00
Gaji yang diterima selepas potongan caruman
$878.00
Simpanan caruman sebulan
$94.00

Caruman Sukarela
Setiap pekerja atau majikan boleh membayar tambahan kepada caruman yang diwajibkan secara sukarela dengan syarat caruman tambahan berkenaan hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 6 bulan.

Tempoh membuat pembayaran
Bayaran caruman hendaklah dibuat setiap bulan dan tidak lewat 15 hari dari bulan seterusnya.

Cara-Cara Pembayaran
Bayaran caruman hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang TAP02 (untuk 1 bulan) dengan menyertakan jumlah caruman yang hendak dibayar samada secara :

  1. Tunai

  2. Cek - hendaklah dipalang dan dibayar kepada PENGARAH URUSAN TABUNG AMANAH PEKERJA.

  3. Automasi TAP02 - Data (didalam bentuk CD) hendaklah dihantar ke kaunter TAP bersama bayaran (cek atau tunai) *Aplikasi Automasi TAP02 boleh didapati dimana-mana cawangan TAP atau dimuat turn dari laman web

  4. Melalui Bank - dengan membuat pembayaran ke bank (BIBD atau SCB) dan menghantarkan borang TAP02 beserta slip pembayaran ke kaunter TAP.