Kegagalan Membayar Caruman

Caj Perkhidmatan

Kadar bayaran sebanyak 1% daripada caruman bulanan akan dikenakan kepada majikan-majikan yang didapati gagal membayar caruman bulanan TAP pada tempoh yang ditetapkan. Kadar ini akan dikira daripada hari pertama bulan berikutnya. Misalnya, bagi bayaran bagi bulan Mei yang diterima selepas 15 Jun (tempoh kelonggaran), caj perkhidmatan akan dikenakan bermula pada 1 Jun dan hari seterusnya sehingga bayaran caruman diterima oleh TAP.
Kadar
minima yang dikenakan adalah $10.00 sebulan.


Bayaran Kerugian Dividen
Bayaran adalah bagi menggantikan kerugian dividen disebabkan kegagalan ataupun kelewatan membuat pembayaran caruman.
Kadar yang akan dikenakan oleh Lembaga adalah kadar dividen yang diumumkan bagi tahun tersebut atau kadar bagi tahun sebelumnya jika tidak ada kadar dividen diumumkan bagi tahun berkenaan.