Caruman Tambahan

Kadar caruman ahli TAP yang ditetapkan pada masa ini adalah sebanyak 5% daripada gaji pokok dan 5% lagi dicarumkan oleh majikan.

Walau bagaimanapun, ahli adalah digalakkan untuk mencarum lebih daripada yang diwajibkan secara sukarela.

KELAYAKAN
Ahli yang berdaftar di Tabung Amanah Pekerja.

JUMLAH CARUMAN SUKARELA MELALUI KAUNTER
Minimum : $10.00
Maksimum : $1,500.00

DOKUMEN YANG PERLU DIHADAPKAN
1. Slip Kemasukan (Deposit Slip) yang diisikan dengan lengkap.
2. Salinan Kad Pintar ahli.
*Kad Pintar asal akan diperlukan untuk pengesahan.

PENYERAHAN CARUMAN
Slip Kemasukan (Deposit Slip) beserta dengan caruman tersebut bolehlah dibuat di mana-mana kaunter cawangan TAP yang berdekatan.

MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Caruman Sukarela melalui kaunter boleh dibuat sebanyak sekali dalam sebulan sahaja.
2. Ahli adalah tidak dimestikan untuk membuat caruman sukarela secara bulanan.
3. Pengeluaran dana masih tertakluk kepada Skim-skim Pengeluaran TAP yang ada pada masa ini.
4. Tertakluk kepada syarat-syarat dan perubahan dari masa ke semasa.

Dikemaskini pada 28 Februari 2011