Petikan Titah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam
15 Julai 1991 di Balai Singgahsana
Istana Nurul Iman

Satu usaha lagi yang berkaitan dengan kebajikan rakyat, serta selaras dengan perkembangan tenaga manusia, maka Kerajaan Beta akan menubuhkan satu skim kumpulan wang simpanan pekerja.
Penubuhan Skim ini antara lain bertujuan, untuk memberikan kemudahan perlindungan sosial, bagi menampung keperluan
Hari Tua rakyat dan penduduk negara ini, sama ada mereka yang berkhidmat di sektor awam ataupun sektor swasta


Penubuhan Tabung Amanah Pekerja (TAP) adalah selaras dengan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mana dihasratkan untuk menampung keperluan Hari Tua rakyat dan penduduk tetap negara ini melalui simpanan secara wajib bagi kegunaan awda apabila bersara.

Di dalam Skim ini awda adalah dikehendaki untuk menyimpan sebahagian kecil daripada gaji awda dan seterusnya majikan awda juga akan menambah kepada simpanan ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh Lembaga TAP. Simpanan ini ditakrif sebagai
CARUMAN.


VISI
Menyediakan Simpanan Nasional Dan Skim Sosial Yang Terbaik Di Negara Brunei Darussalam

MISI
Membantu Ahli Untuk Menyimpan Dan Mengoptimakan Tabungan Persaraan

OBJEKTIF
i. Mencapai pulangan simpanan yang Optima untuk ahli-ahli TAP
ii. Meningkatkan baki dana ahli-ahli TAP bagi kegunaan Persaraan
iii. Memastikan majikan-majikan mematuhi Akta dan Aturan TAP
iv. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang


MOTO
Menjana Masyarakat Berhemat

logo tap new  25Sept07b




CARTA ORGANISASI TAP


Drawing1