Kadar Caruman

  • Kadar

Kadar Caruman minima yang ditetapkan oleh Lembaga pada masa ini adalah sebanyak 10% dari gaji pokok pekerja; iaitu 5% dari pihak pekerja dan 5% dari pihak majikan. Perkiraan caruman bagi pihak pekerja dan majikan hendaklah digenapkan kepada jumlah ringgit teratas. Contoh:
Gaji Sebulan
$925.00
5% daripada $925
$46.25
Jumlah ringgit teratas
$47.00
Caruman awda
$47.00
Caruman majikan
$47.00
Gaji yang diterima selepas potongan caruman
$878.00
Simpanan caruman sebulan
$94.00


  • Caruman Sukarela

Setiap pekerja atau majikan boleh membayar tambahan kepada caruman yang diwajibkan secara sukarela dengan syarat caruman tambahan berkenaan hendaklah dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 6 bulan.