Dividen

Caruman ataupun simpanan ahli di TAP akan dilaburkan bagi memperolehi pulangan dan dikreditkan kedalam akaun ahli sebagai Dividen. Kadar dividen diisytiharkan setiap tahun oleh Pengerusi Lembaga TAP.

Objektif pelaburan dana TAP adalah bagi mendapatkan pulangan yang optima selaras dengan risiko yang berpatutan.

Kadar dividen yang diisytiharkan bagi tahun kewangan 2007-2008 adalah pada kadar 4.25%.

Kadar-kadar dividen TAP yang diisytiharkan sejak tahun 1993 :

1993 - 1.5%
1994 - 1.5%
1995 - 2%
1996 - 2%
1997 - 2.5%
1998 - 2.75%
1999 - 3%
2000 - 3%
2001 - 3%
2002 - 3%
2003 - 3.1%
2004 - 2005 - 4.25%
2005 - 2006 - 4.25%
2006 - 2007 - 4.25%
2007 - 2008 - 4.25%

Simpanan awda akan dilaburkan dan kadar dividen akan diumumkan setiap tahun. Dalam memastikan pertumbuhan dana dan keupayaan TAP didalam memberikan dividen yang berdaya saing kepada ahli-ahlinya, dana dilaburkan dengan hemat demi mencapai kadar pulangan optima yang seimbang dengan risiko yang berpatutan.