Taklimat Tabung Amanah Pekerja (TAP), Persaraan Caruman Tambahan (SCP) Dan Perancangan Kewangan
Khamis, 10 Jun 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat, hari ini mengadakan taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), Persaraan Caruman Tambahan (SCP) dan Perancangan Kewangan kepada pengawal keselamatan lelaki pengambilan ke-46 dari Setia Protective Security Services (SPSS) Sdn. Bhd. Lebih kurang 80 orang telah hadir bagi mendengar taklimat berkenaan di syarikat berkenaan.
Baca selanjutnya.....Operasi Lawatan Penguatkuasaan
Khamis, 10 Jun 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini meneruskan lagi lawatan bersiri yang diungkayahkan oleh Jabatan Penguatkuasaan di kawasan Sengkurong, Mukim Sengkurong. Pemeriksaan ini melibatkan seramai tujuh (7) orang pemeriksa TAP dan bermula dari jam 8.00 pagi.
Baca selanjutnya.....Majlis Penyampaian Sijil Program Pengurusan Bagi Penyelia-Penyelia TAP
Taklimat Tabung Amanah Pekerja (TAP), Persaraan Caruman Tambahan (SCP) Dan Perancangan Kewangan
Khamis, 27 Mei 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat, hari ini meneruskan lagi sesi taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Persaraan Caruman Tambahan (SCP). Seramai lebih kurang 100 orang pekerja dan majikan dari Daerah Tutong mendengarkan Taklimat tersebut yang mengambil tempat di Dewan Kemasyarakatan Tutong.
Baca selanjutnya.....Syarikat Tempatan Di Denda Atas Kesalahan Dibawah Akta TAP dan Peraturanya
Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan ahli TAP sentiasa terpelihara dan bagi memastikan majikan mematuhi Akta TAP Penggal 167 dan Aturan-Aturan TAP 1992, Jabatan Perundangan TAP dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara telah memulakan pendakwaan kes pertamanya keatas sebuah syarikat tempatan, kerana gagal membayar caruman pekerja. Kes tersebut telah dibicarakan di Mahkamah Magistret Bandar Seri Begawan pada Isnin, 3 Jamadilakhir 1431 bersamaan dengan 17 Mei 2010.
Baca selanjutnya.....Taklimat Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) & Persaraan Caruman Tambahan (SCP)
Sabtu, 15 Mei 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat, hari ini mengadakan taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Persaraan Caruman Tambahan (SCP) kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja tempatan dari Daerah Brunei dan Muara. Taklimat tersebut dihadiri oleh seramai lebih kurang 150 orang yang bertempat di Dewan Teater, Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.
Baca selanjutnya.....Taklimat Tabung Amanah Pekerja Dan Skim Persaraan Caruman Tambahan
Khamis, 6 Mei 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan kerjasama Unit Skim Persaraan Caruman Tambahan (SCP) hari ini meneruskan lagi Jerayawara TAP dan SCP bagi 45 kakitangan Syarikat Brunei Gas Carriers Sdn Bhd.
Baca selanjutnya.....Taklimat Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) & Persaraan Caruman Tambahan (SCP)
Rabu, 5 Mei 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat, hari ini mengadakan taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Persaraan Caruman Tambahan (SCP) kepada majikan-majikan dan pekerja-pekerja tempatan dari Daerah Temburong. Taklimat tersebut dihadiri oleh seramai lebih kurang 40 orang yang bertempat di Dewan Perniagaan Bumiputra Daerah Temburong.
Baca selanjutnya.....