Kempen Sopan Santun
Sabtu, 21 Februari 2009 – Didalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pelanggan, Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Kempen Sopan Santun yang bermula pada hari Isnin, 16 Februari 2009. Kempen ini diadakan selama tiga (3) bulan sehingga bulan Mei 2009 bertempat lobi Ibu Pejabat TAP, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan.
Adapun objektif kempen ini diadakan adalah untuk membudayakan sifat bersopan santun di kalangan warga TAP disamping menanamkan sikap pemedulian didalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan di TAP. Tema bagi kempen ini adalah “Pelanggan Keutamaan Kami” dan ianya selaras dengan seruan Kementerian Kewangan didalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai.
Sepanjang kempen ini diadakan, orang ramai yang mengunjungi kaunter Ibu Pejabat TAP akan dialu-alukan oleh Pegawai Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Officer - CSO) yang sedia memberikan bantuan termasuk pengisian borang-borang serta menjawab sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh TAP.
Selain dari itu, melalui Kempen ini juga, pelanggan akan diberikan penghormatan untuk menilai dan memberikan pengiktirafan ‘Star Service’ kepada perkhidmatan yang diberikan dan pegawai kaunter yang bertugas.