Kempen Menderma Darah
Khamis, 17 Disember 2009 – Dalam usaha untuk melaksanakan tanggungjawab sosial, Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Badan Kebajikan dan Sukan Tabung Amanah Pekerja (BKSTAP) dengan kerjasama Unit Tabung Simpanan Darah, Hospital RIPAS, Kementerian Kesihatan, hari ini mengadakan Kempen Menderma Darah yang terbuka kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya serta orang ramai.
Kempen ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah kepada mereka yang memerlukannya. Sehubungan dengan itu, kempen ini juga dihasratkan untuk membantu meningkatkan simpanan bekalan Tabung Darah serta memupuk semangat saling pemedulian terhadap kesejahteraan orang ramai.
Kempen Menderma Darah ini diadakan di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive.