Majlis Penyampaian Sijil Bagi Kursus Asas Pelaburan.

Khamis, 15 Oktober 2009 - Dalam usaha untuk memberikan pendedahan didalam bidang pelaburan, seramai 25 orang pegawai dan kakitangan Tabung Amanah Pekerja telah menghadiri Kursus Asas Pelaburan pada hari Khamis, 15 Oktober 2009. Kursus selama satu hari itu diungkayahkan oleh Jabatan Pelaburan, TAP dengan kerjasama dari UOB Asset Management Ltd, Singapura di mana penyelarasnya adalah Pengurus Dana bagi syarikat berkenaan iaitu YM Awang Imran Faizal Khan. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang kedua yang mengikuti kursus tersebut yang mana kumpulan pertama telah menghadirinya pada bulan Ogos tahun lepas.
Pengarah Urusan TAP, YM Awang Yusof bin Haji Abd Rahman, dalam ucapan perasmian beliau menekankan kepentingan pendidikan dan pembelajaran yang berterusan didalam mengikuti perkembangan masyarakat hari ini yang dinamik dan mencabar. Pelaburan khususnya, akan sentiasa menjadi bidang utama bagi setiap individu untuk mengembangkan lagi pengetahuan mereka.
Hadir bagi penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus ialah YM Dayang Joyce Chua Sing Yee, Pemangku Pengurus Eksekutif – Perkhidmatan Korporat, TAP yang diadakan di Ibu Pejabat UOB Asset Management, Centrepoint, Gadong.

IMG_5318 
IMG_5334 
IMG_5337 
IMG_5339