TAP Teruskan Jerayawara Perancangan Kewangan
Isnin, 18 Mei 2009 – Buat yang ketiga kalinya pada tahun ini, Setia Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd menjemput penceramah dari Tabung Amanah Pekerja (TAP) bagi menyampaikan penerangan mengenai TAP dan Perancangan Kewangan. Dengan adanya taklimat ini diadakan berkali-kali menunjukkan betapa Perancangan Kewangan dititik-beratkan kerana adanya kefahaman tentang status kewangan agar tidak terlalu bergantung kepada orang lain atau mana-mana institusi kewangan. Acara ini diselaraskan oleh Jabatan Komunikasi Korporat TAP yang mana seramai 63 orang pengawal keselamatan pengambilan ke 42 menghadiri acara berkenaan di Dewan Serbaguna, Kompleks SPSS, Jerudong.
Taklimat dimulakan dengan pengenalan kepada Jerayawara Perancangan Kewangan dan diikuti dengan taklimat dari Dayang Hajah Raeidyah binti Haji Bujang, Pegawai Pelaburan TAP. Beliau memulakan taklimat dengan menerangkan mengenai peranan TAP sebagai salah sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan simpanan rakyat dan penduduk tetap negara ini untuk hari persaraan. Beliau juga menerangkan bahawa TAP membuat pelaburan dalam aset-aset seperti simpanan tetap di bank-bank tempatan, bon, dana dan ekuiti / saham untuk mencapai pulangan atau dividen yang optima. Kadar pulangan pelaburan atau dividen ini juga bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi antarabangsa.
TAP juga turut mengundang Dayang Siti Aminah binti Haji Abd Rahman, salah seorang Perancang Kewangan yang diiktiraf di Bank Baiduri bagi menyampaikan taklimat mengenai Perancangan Kewangan. Beliau menerangkan bahawa perancangan kewangan yang sihat adalah proses bagi mencapai matlamat kehidupan dari segi membeli rumah kediaman, perbelanjaan bagi pendidikan anak-anak dan bagi persaraan. Dengan memulakan perancangan kewangan juga, beliau menekankan agar dapat membezakan apa dia kemahuan dan apa dia keinginan, begitu juga dengan memahami corak perbelanjaan seharian. Beliau juga menekankan didalam pengawalan hutang seperti penggunaan kad kredit dan pada masa yang sama juga turut mengongsikan tips-tips didalam memulakan merancang kewangan.
Jerayawara Perancangan Kewangan akan terus dikendalikan oleh TAP dengan tujuan untuk memberikan dan menambahkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan kewangan (Financial Planning) kepada orang ramai terutama didalam memikul tanggungjawab kewangan sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain atau mana-mana pihak. Selain dari itu, ianya jua adalah bagi mendukung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2006 untuk “..berusaha untuk menyimpan melalui Financial Planning bagi keperluan-keperluan mendatang..”