Kaunter Perkhidmatan TAP Ditutup Bagi Cuti Awam

Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa kaunter perkhidmatan TAP akan ditutup pada hari Isnin, 2 Muharram 1433 bersamaan 28 November 2011 bersempena dengan cuti awam Awal Tahun Hijriah 1433. Walaubagaimanapun, Kiosk E-Info adalah beroperasi seperti biasa.

Kesemua kaunter perkhidmatan cawangan-cawangan TAP akan kembali beroperasi pada hari Selasa, 3 Muharram 1433 bersamaan 29 November 2011. Segala kesukaran yang dihadapi amatlah dikesali.

Sehubungan ini TAP ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijriah 1433 kepada semua kaum muslimin dan muslimat di Negara Brunei Darussalam.