Taklimat Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), Skim Persaraan Caruman Tambahan (SCP) & Perancangan Kewangan
Khamis, 22 April 2010 – Unit SCP melalui Jabatan Komunikasi Korporat, TAP hari ini mengadakan taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), Persaraan Caruman Tambahan (SCP) dan Perancangan Kewangan kepada pekerja-pekerja tempatan yang baru berdaftar ke TAP pada suku tahun pertama 2010. Lebih kurang 80 orang hadir bagi mendengar taklimat berkenaan di Dewan Santap, Kawasan Kediaman Pegawai Daerah Belait, Kuala Belait.
Tujuan ianya diadakan adalah sebagai salah satu usaha pihak TAP didalam meningkatkan lagi kesedaran dan kefahaman pekerja-pekerja tempatan yang baru berdaftar itu mengenai skim-skim berkenaan.
Taklimat Skim TAP dan SCP telah disampaikan oleh Yang Mulia Awg Rosli bin Hj Haron, Pemangku Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat, TAP. Beliau menyentuh mengenai dengan sejarah penubuhan , kadar caruman dan skim pengeluaran serta manfaat skim-skim berkenaan.
Skim TAP telah ditubuhkan pada 1 Januari 1993 yang mana ahli-ahlinya terdiri dari rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang bekerja di sektor awam atau swasta dan berumur 55 tahun ke bawah. Mengikut undang undang di bawah Akta TAP Penggal 167, mereka adalah dimestikan mencarum 5% dari gaji pokok mereka dan 5% lagi dicarumkan oleh pihak majikan. Caruman bulanan sebanyak 10% tersebut adalah bertujuan untuk membantu ahli-ahli mempunyai simpanan tetap dalam membantu kesejahteraan di hari persaraan mereka. Dana terkumpul ahli tersebut bolehlah dikeluarkan melalui 6 Skim Pengeluaran sepertimana yang telah ditetapkan dalam Akta TAP Penggal 167 seperti berikut :
Pengeluaran 55 tahun
Pengeluaran 50 tahun
Membeli atau membina rumah baru
Hilang Upaya
Berhijrah ke negara lain
Hak waris
Beliau juga turut menerangkan mengenai skim SCP yang mula dikuatkuasakan operasinya pada 1 Januari 2010. Skim SCP, satu skim baru yang mana ianya adalah sebagai tambahan kepada Skim TAP seperti yang telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke 63 tahun.
Objektif utama skim berkenaan adalah untuk memastikan semua peserta Skim SCP, yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, menerima bayaran pendapatan bulanan minimum (annuiti) sebanyak $150.00 apabila ahli mencapai umur persaraan mandatori iaitu genap 60 tahun. Melalui skim ini, ianya menjamin ahli untuk menerima dana simpanan terkumpul mereka secara bulanan dengan jumlah minimum sebanyak $150.00, disamping bayaran Pencen Tua (OAP) sebanyak $250.00 yang dihulurkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada masa ini yang membawa jumlah pendapatan minimum bulanan keseluruhannya berjumlah $400.00.
Melalui skim SCP, di bawah ”Supplemental Contributory Pensions Order 2009”, rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang bekerja di sektor awam atau swasta dikehendaki membuat caruman bulanan sebanyak 3.5% dari gaji pokok dan majikan mencarum dengan kadar yang sama. Selain dari itu, peserta taklimat juga diberikan penerangan mengenai dengan beberapa elemen yang tedapat dalam skim SCP seperti caruman minimum: B$17.50, caruman maksimum : B$98.00, manfaat yang akan diberikan seperti Manfaat SCP Khas dan Manfaat Perlindungan ”Survivorship” .
Awg Rosli turut menerangkan antara elemen khas Skim SCP adalah memastikan jaminan bagi kesejahteraan tanggungan kepada ahli yang meninggal sebelum umur persaraan mandatori 60 tahun dengan menerima Pencen Skim SCP Khas (dana SCP ahli yang telah meninggal) dan Manfaat Perlindungan ”Survivorship” sebanyak minimum $400.00 selama 15 tahun dari tarikh ahli berkenaan meninggal dunia.
Taklimat mengenai Perancangan Kewangan pula disampaikan oleh Yang Mulia Dyg Ida Nazrena bte Hj Bujang, seorang Perancang Kewangan yang diiktiraf yang dijemput dari BICB Capital Sdn Bhd. Dalam taklimat berkenaan, beliau telah menyatakan bahawa Perancangan Kewangan merupakan satu proses yang boleh membantu didalam mencapai impian melalui pengurusan kewangan yang teratur. Beliau turut mengongsikan beberapa panduan didalam pengawalan hutang dan langkah-langkah yang diambil didalam memulakan perancangan kewangan. Dengan adanya kesedaran mengenai pentingnya perancangan kewangan maka dapatlah memikul tanggungjawab sendiri tanpa perlu bergantung kepada mana-mana pihak. Beliau menekankan setiap impian memerlukan perancangan kewangan, ini termasuk impian untuk belajar di luar negeri, untuk membeli kereta atau untuk memiliki rumah.