Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan & Jabatan-Jabatan Di Dalamnya 1432/2011
Kementerian Kewangan & Jabatan-Jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat, 16 September 2011 di Bangunan Kementerian Kewangan di Commonwealth Drive.
Majlis diserikan dengan keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap-Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, beserta dengan pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu aktiviti tahunan Kementerian Kewangan yang bertujuan untuk beramah mesra bersempena meraikan Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Sambutan Hari Raya pada tahun ini diselaraskan oleh Tabung Amanah Pekerja dan dipengerusikan oleh Yang Mulia Dayang Norliah binti Haji Kula, Pengarah Urusan Tabung Amanah Pekerja yang mana memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan.
Majlis diteruskan dengan pengurniaan cenderahati kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya yang bersara pada tahun 2011 yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bulqiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, beserta dengan jemputan-jemputan khas kemudian beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan yang lainnya diikuti dengan lawatan ke gerai-gerai jamuan jabatan-jabatan di dalam Kementerian tersebut. Para hadirin turut dihiburkan dengan acara pentas dan persembahan nyanyian dari pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.