Hari Penghargaan Pelanggan & Kempen Mengemaskinikan Maklumat Ahli
Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan di Tabung Amanah Pekerja Cawangan Temburong bertempat di Ruang Kedai A4, Tingkat Bawah, Bangunan Perniagaan Bumiputra Daerah Temburong pada hari Khamis, 14 Mei 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang yang lalu.
Tujuan ianya diadakan adalah antara lain sebagai kesinambungan dari Kempen Sopan Santun yang sedang giat diadakan di Cawangan Ibu Pejabat TAP yang mana telah bermula dari 16 Februari 2009 yang lalu. Adapun objektif kempen tersebut adalah membudayakan sifat bersopan santun dikalangan warga TAP disamping menanamkan sikap pemedulian didalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan di TAP.
Acara ini juga turut diselajurkan dengan Kempen Mengemaskinikan Maklumat Ahli bagi membolehkan ahli meneliti maklumat mereka dan membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan seperti alamat persuratan, nombor telefon, dan sebagainya. Selain dari itu juga, kempen ini turut membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat simpanan mereka di TAP. Orang ramai hanya perlu membawa Kad Pengenalan mereka bagi membuat perubahan ataupun mendapatkan maklumat mengenai akaun mereka.


