Majlis Penyampaian Sijil Program Kepimpinan Strategik Tabung Amanah Pekerja

Khamis, 11 Jun 2009 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Program Kepimpinan Strategik yang bertempat di Bilik Persidangan, Tingkat 2, Blok Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam.

Program ini adalah usahasama TAP dengan pihak UBD yang mana bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran pegawai-pegawai TAP dalam bidang pengurusan. Seramai dua belas (12) orang pegawai telahpun menyertai program tersebut yang mana telah diadakan selama enam (6) minggu bermula dari 4 Mei 2009 hingga 11 Jun 2009. Program Strategik ini telah mula diadakan pada tahun lepas, dan ini adalah kumpulan ketiga (3) yang telah menghadiri kursus ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari wakil UBD iaitu Associate Professor Dr Roger Lawrey, Dean bagi Jabatan Fakulti Ekonomi, Perdagangan dan Polisi yang turut diikuti dengan penyampaian sijil-sijil kepada pegawai-pegawai yang mengikuti program tersebut dan disampaikan oleh Yang Mulia Awang Yusof bin Haji Abd Rahman, Pengarah Urusan TAP, selaku Tetamu Kehormat majlis.

Turut menyampaikan ucapan ialah wakil peserta, Awang Rosli Hj Haron, Pegawai Pelaburan TAP yang mengikuti program berkenaan.
IMG_4172IMG_4162IMG_4169IMG_4177IMG_4184IMG_4187IMG_4189IMG_4190IMG_4191IMG_4193IMG_4195IMG_4196IMG_4197IMG_4204