TAP Mengadakan Bengkel Perkhidmatan Pelanggan
Khamis, 30 Julai 2009 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) hari ini telah mengadakan majlis Penyampaian Sijil Bengkel Perkhidmatan Pelanggan yang bertempat di Orchid Garden Hotel.
Bengkel ini adalah usahasama TAP dengan sebuah syarikat tempatan, fmBrunei Consultancy Services yang mana ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Pegawai dan Kakitangan TAP dalam memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Seramai 50 Pegawai dan Kakitangan TAP telah menghadiri bengkel tersebut yang telah diadakan selama 4 hari, bermula pada hari Isnin, 27hb Julai 2009 hingga Khamis, 30 Julai 2009. Hadir bagi menyampaikan Sijil kepada peserta, Dyg Joyce Chua Sing Yee, Pmk. Pengurus Eksekutif 2, Perkhidmatan Korporat.
Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan imej professional Pegawai dan Kakitangan TAP yang mana ianya adalah perlu dalam usaha untuk sebuah organisasi mencapai matalamatnya.






