Taklimat TAP dan Perancangan Kewangan
Selasa, 26 Mei 2009 - Dalam usaha Tabung Amanah Pekerja (TAP) untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan perancangan kewangan terutama didalam memikul tanggungjawab kewangan sendiri, Jerayawara Perancangan Kewangan terus diadakan yang mana pada kali ini disasarkan kepada bakal-bakal pesara dari sektor kerajaan yang terdiri dari kakitangan dari bahagian IV.
Baca selanjutnya.....TAP Teruskan Jerayawara Perancangan Kewangan
Hari Penghargaan Pelanggan & Kempen Mengemaskinikan Maklumat Ahli
Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Hari Penghargaan Pelanggan di Tabung Amanah Pekerja Cawangan Temburong bertempat di Ruang Kedai A4, Tingkat Bawah, Bangunan Perniagaan Bumiputra Daerah Temburong pada hari Khamis, 14 Mei 2009 bermula jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang yang lalu.
Baca selanjutnya.....Lakastah Sukan "Perlawanan Futsal dan Bola Jaring Antara Rumah-Rumah TAP 2009"
Jerayawara Perancangan Kewangan
Selasa. 5 Mei 2009 - Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat hari ini meneruskan lagi Jerayawara Perancangan Kewangan didalam usaha untuk menambahkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perancangan kewangan di kalangan remaja. Kira-kira 500 penuntut yang terdiri daripada Menengah Enam Bawah Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah telah menghadiri jerayawara berkenaan bertempat di Dewan Auditorium Maktab berkenaan.