Financial ExploRace 2010

Khamis, 26 Mac 2010 – Sekali lagi, Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat dengan kerjasama Biro Kawalan Narkotik (BKN), hari ini mengadakan Pertandingan Financial ExploRace 2010, satu permainan yang berunsurkan pendidikan di mana ianya turut mempromosikan Perancangan Kewangan. Turut memberikan sokongan didalam menjayakan acara ini adalah Bank Baiduri, Brunei Darussalam. Pertandingan ini merupakan acara kemuncak bagi Jerayawara Bulan Perancangan Kewangan yang sedang giat dijalankan oleh jabatan berkenaan di sepanjang bulan Mac 2010. Baca selanjutnya.....

Jerayawara Bulan Perancangan Kewangan

Selasa, 9 Mac 2010 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat hari ini meneruskan lagi aktiviti bulan perancangan kewangannya dengan memberikan taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), Skim Persaraan Caruman Tambahan (SCP) dan Perancangan Kewangan kepada seramai 45 orang pegawai dan kakitangan dari Syarikat ESP (B) Sdn Bhd, Kuala Belait bertempat di pejabat syarikat tersebut di Jalan Jaya Negara.

Baca selanjutnya.....

Jerayawara Bulan Perancangan Kewangan

Isnin, 1 Mac 2010 – Dalam usaha untuk mewujudkan dan menambahkan pengetahuan mengenai Perancangan Kewangan melalui Jerayawara yang giat aktif diadakan, Tabung Amanah Pekerja (TAP) juga turut memberikan taklimat yang sama kepada pegawai dan kakitangannya hari ini. Lebih kurang 100 orang hadir bagi sesi pagi dan petang yang diadakan di Dewan Teater, Kementerian Kewangan di Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan.

Baca selanjutnya.....