Waktu Perkhidmatan Kaunter TAP Di Bulan Ramadhan
Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan ini sukacita ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa waktu perkhidmatan kaunter TAP sepanjang bulan Ramadhan di kesemua cawangan adalah seperti yang berikut :
Hari | Pukul |
| Isnin hingga Khamis dan Sabtu | 8.00 pagi hingga 1.00 petang |
| Jumaat (Cawangan Ibu Pejabat sahaja) | 8.00 hingga 11.00 pagi |
Di kesempatan ini juga, pihak TAP juga ingin mengingatkan kepada semua pihak majikan mengenai pembayaran caruman TAP dan SCP adalah sebelum 15 haribulan untuk mengelakkan sebarang denda dikenakan.
Ahli TAP Dinasihatkan Merancang Kewangan Dengan Bijak
Selasa, 26 Julai 2011 – Dalam usaha untuk memberi maklumat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan Pencen Caruman Tambahan (SCP) serta Perancangan Kewangan, TAP melalui Jabatan Komunikasi Korporat meneruskan lagi jerayawara taklimat skim TAP, SCP, dan Perancangan Kewangan kepada pekerja-pekerja di sektor swasta yang baru berdaftar ke TAP pada bulan April-Jun 2011 di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan. Taklimat yang diadakan di sesi pagi dan petang itu telah dihadiri oleh seramai 150 peserta.
Baca selanjutnya.....TAP Tekankan Pentingnya Perancangan Kewangan Kepada Ahli-Ahli
Isnin, 18 Julai 2011 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat, hari ini meneruskan jerayawara mengenai Perancangan Kewangan khusus kepada ahli-ahli TAP yang akan mencapai umur 50 tahun dan 55 tahun pada tahun ini, yang diadakan di sebelah pagi, dan juga kepada pekerja-pekerja yang baru berdaftar ke TAP pada bulan April-Jun 2011, yang diadakan di sebelah petang. Peserta-peserta terdiri daripada mereka yang bermastautin di Daerah Belait. Taklimat dihadiri oleh seramai 200 orang dan bertempat di Dewan Rumah Persinggahan Kerajaan di Jalan Maulana, Kuala Belait.
Baca selanjutnya.....Kakitangan SPSS Dengar Taklimat Skim TAP, SCP, dan Perancangan Kewangan
Khamis, 14 Julai 2011 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat hari ini meneruskan lagi taklimat mengenai Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP), Pencen Caruman Tambahan (SCP), dan Perancangan Kewangan kepada seramai lebih kurang 80 orang kakitangan dari Setia Protective Security Services Sdn. Bhd. (SPSS). Taklimat diadakan di Kompleks SPSS Sdn. Bhd. di Kg. Sungai Kudong Sumpakan, Jerudong.
Baca selanjutnya.....Lawatan Penguatkuasaan TAP Ke Premis-Premis Majikan
Rabu, 13 Julai 2011 – Dalam memastikan kesejahteraan ahli-ahli TAP sentiasa terjamin, Tabung Amanah Pekerja melalui Jabatan Penguatkuasaan hari ini meneruskan lagi sesi lawatan pemeriksaan ke premis-premis perniagaan di sekitar Daerah Temburong. Operasi ini melibatkan seramai tujuh (7) orang pemeriksa TAP di mana ianya bermula dari pukul 9.00 pagi.
Baca selanjutnya.....