Majlis Khatam Al-Quran TAP
Isnin, 22 Ogos 2011 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Badan Kebajikan dan Sukannya (BKSTAP) hari ini mengadakan Majlis Khatam Al-Qur’an bagi pegawai dan kakitangan TAP. Majlis berlangsung di Surau Kementerian Kewangan, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan. Hampir 100 orang pegawai dan kakitangan TAP menghadiri majlis tersebut.
Baca selanjutnya.....Penutupan Kaunter Perkhidmatan Tabung Amanah Pekerja
Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa kesemua kaunter perkhidmatan TAP akan ditutup pada hari Khamis, 17 Ramadhan 1432 bersamaan 18 Ogos 2011 bersempena dengan cuti awam Nuzul Al-Quran. Walau bagaimanapun, Kiosk E-Info adalah beroperasi seperti biasa.
Kaunter perkhidmatan TAP di cawangan ibu pejabat akan dibuka pada hari Jumaat, 18 Ramadhan 1432 bersamaan 19 Ogos 2011. Manakala kaunter perkhidmatan cawangan-cawangan TAP yang lainnya akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu, 19 Ramadhan 1432 bersamaan 20 Ogos 2011.
Segala kesukaran yang dihadapi amatlah dikesali dan untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.
TAP juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kaum muslimin dan muslimat di Negara Brunei Darussalam.
Didenda Tidak Bayar Caruman Tabung Amanah Pekerja
Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan ahli TAP sentiasa terpelihara dan bagi memastikan majikan mematuhi Akta TAP dan Aturan-Aturan TAP 1992, Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara baru-baru ini menyambung sebutan kes pendakwaan ke atas dua (2) buah syarikat, kerana gagal membayar caruman pekerja. Kedua-dua kes berkenaan telah disebutkan di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan pada 26 Julai 2011 dan 8 Ogos 2011 yang lalu.
Baca selanjutnya.....