Penutupan Kaunter Perkhidmatan Pada 26 Disember 2011

Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa semua perkhidmatan kaunter TAP akan ditutup pada hari Isnin, 1 Safar 1433 bersamaan 26 Disember 2011 bagi cuti awam Hari Krismas.

Perkhidmatan kaunter TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 2 Safar 1433 bersamaan 27 Disember 2011.

Segala kesukaran yang mungkin dihadapi amatlah dikesali dan untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 pada waktu bekerja.