Majlis Malam Penghargaan TAP 2008 - 2009

Sabtu, 3 Oktober 2009 - Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah mengadakan Majlis Malam Penghargaan TAP 2008-2009. Majlis tersebut dihadiri oleh Ahli-Ahli Lembaga TAP, mantan Ahli Lembaga TAP, pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan TAP. Majlis berlangsung di Rizqun International Hotel, The Mall, Gadong.
Antara tujuan utama majlis itu diadakan ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan TAP dengan Ahli-Ahli Lembaga TAP dan juga sebagai penghargaan kepada semua pegawai-pegawai dan kakitangan TAP diatas sumbangan mereka sepanjang tahun 2008-2009.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga TAP.
Di antara aturcara di majlis tersebut ialah penyampaian cenderahati kenangan kepada mantan Ahli Lembaga TAP, YM Dato Paduka Awang Haji Mustappha bin Haji Sirat, Setiausaha Tetap 1, Kementerian Pertahanan dan turut diselajurkan dengan penyampaian anugerah kecemerlangan kepada pegawai dan kakitangan TAP yang telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat majlis.
Penerima-penerima anugerah kecemerlangan tersebut adalah :
Bagi kategori
Clerk of The Year 2008 :
Tempat pertama - Dyg Shahnazdia bte Sulaiman  (cawangan TAP, Kuala Belait)
Tempat kedua - Dyg Fairuz Adibah bte Fatiah (cawangan TAP, Kuala Belait)
Tempat ketiga - Dyg Naliah bte Hj Abdul Aziz (Jabatan Kewangan, TAP)
Bagi kategori :
Supervisor of The Year 2008
Tempat pertama - Dyg Oraini bte Hj Aji (Pengurusan Kanan, TAP)
Tempat kedua - Dyg Jusiniwati bte Md Yassin (Jabatan Perundangan)
Tempat ketiga  - Dk Norhidah bte Pg Hj Ahmad (Pusat Rangkaian Perkhidmatan, Bahagian Akaun Swasta)
Bagi kategori :
Assistant Manager of the year 2008
Tempat pertama - Awg Omar bin Arsad (Jabatan Penguatkuasaan)
Tempat kedua - Pg Shahrom bin Pg Hj Ismail (Jabatan Penguatkuasaan)
Tempat ketiga - Dyg Lee Siao Voon (Jabatan Audit Dalaman)
Bagi kategori:
Manager of The Year 2008
Tempat pertama - Dyg Hjh Raeidyah bte Hj Bujang (Jabatan Pelaburan)
Tempat kedua - Dyg Rahimah bte Hj Ibrahim (Jabatan Audit Dalaman)
Tempat ketiga - Linda Arman Micheal Anniah (Jabatan Polisi dan Strategik)
Bagi kategori :
Head of Department – Year 2008
Tempat pertama - Awg Md Adfarul Maz Adanan (Jabatan Polisi dan Strategik)
Tempat kedua - Awg Chu Chia Pin (Jabatan Pelaburan)
Tempat ketiga - Dyg Joyce Chua Sing Yee (Jabatan Kewangan)
Bagi kategori :
Department of The Year 2008
Jabatan Komunikasi Korporat
Aturcara majlis juga diteruskan dengan penyampaian anugerah perkhidmatan kepada pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat selama 5, 10 dan 15 tahun yang disampaikan oleh YM Awang Sa Bali bin Abas, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri.
Pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat selama 15 tahun:
1) Awg Gapor bin Ahad
2) Awg Ali bin Haji Ahmad
3) Dyg Siti Sara bte Hj Itam


10 tahun:
Dyg Hjh Sidua bte Aji

5 tahun:
1) Awg Irwandy bin Hj Lois 2) Awg Rosli bin Hj Haron 3) Awg Army bin Ahad 4) Awg Abdul Hani Borhanuddien bin Haji Abdul Ghani 5) Awg Mohd Waridi Aldrin bin Haji Suhaini 6) Awg Md Azrul bin Yaun 7) Pg Mas Wirasyahmi bin Pg Momin 8) Dyg Clarice Lim Boon Chi 9) Dyg Rahimah bte Hj Ibrahim 10) Dyg Sri Nazrina bte Hj Johari 11) Dk Mawarti bte Pg Ahmad 12) Dyg Shahnazdia bte Sulaiman 13) Dyg Chao Gut Cheng Acara kemuncak di majlis tersebut ialah penyampaian anugerah ‘Kebaktian’ kepada Alai Jimat iaitu maskot TAP yang dipegang peranannya oleh YM Awang Hussin bin Hassim. Majlis juga diselajurkan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 1430H/2009M.

DSC_0113 DSC_0073 DSC_0074 DSC_0128