Majlis Sambutan Israk Mikraj Bagi Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan DI Dalamnya Tahun 1430 Hijrah
Khamis, 30 Julai 2009 – Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Israk Mikraj dan Sembahyang Hajat Berjemaah bertempat di Dewan Surau, Tingkat 3, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive. Acara ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dan pada tahun ini ianya anjurkan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP).
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Menteri Kewangan II, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha - Setiausaha Tetap, Timbalan - Timbalan Setiausaha Tetap, Pengarah – Pengarah, Pegawai - Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kewangan dan Jabatan-Jabatan di dalamnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ak Adibul Amin bin Pg Hj Marjuki. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Yang Mulia Ustaz Awang Haji Anwari bin Haji Rawee.
Majlis diteruskan dengan sembahyang sunat hajat dan doa tolak bala untuk memohon pelindungan dari wabak Influenza A (H1N1) dan diikuti dengan solat fardhu Asar berjemaah.



















