Peraduan Cerita Berkumpulan 2009 - Tabung Amanah Pekerja (TAP) - Dewan Bahasa Pustaka (DBP)

Khamis, 11 Jun 2009 – Tabung Amanah Pekerja (TAP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Cerita Berkumpulan 2009.

Dengan menggunakan motto TAP sebagai tema iaitu ‘Menjana Masyarakat Berhemat’, kumpulan yang terdiri dari penuntut-penuntut sekolah diberikan cabaran untuk mengaplikasikan tema berkenaan didalam lakonan cerita mereka.

Acara ini adalah merupakan susulan daripada aktiviti perancangan kewangan yang giat diungkayahkan oleh TAP terutama didalam menanamkan tabiat suka menabung di kalangan generasi muda, di mana sebelum ini pendekatan yang dibuat adalah melalui Teater Muzikal Perancangan Kewangan, Financial ExploRace dan Peraduan Melukis Poster.

Objektif utama TAP mengadakan usahasama bersama DBP adalah untuk menerapkan kepentingan perancangan kewangan pada peringkat awal lagi melalui aktiviti tahunan yang diadakan oleh pihak DBP.

Acara ini juga turut disokong oleh Baiduri Bank Berhad. Pada peringkat saringan peraduan ini, peserta-peserta telah diberikan penerangan mengenai Perancangan Kewangan dan kepentingannya oleh Perancang Kewangan dari bank berkenaan, Dayang Siti Aminah binti Haji Abdul Rahman. Selain itu, sumbangan hadiah merupakan akaun simpanan juga turut diberikan oleh bank berkenaan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Awang Sa Bali bin Abas, Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga TAP yang juga turut menyampaikan hadiah pemenang serta sijil-sijil penyertaan kepada peserta-peserta. Peraduan ini diadakan di Dewan Di-Gadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Kebangsaan Lama, Berakas.

DSC_1463DSC_1488DSC_1498DSC_1499DSC_1525DSC_1526DSC_1532DSC_1533DSC_1541DSC_1548DSC_1573DSC_1574DSC_1582DSC_1588DSC_1601DSC_1609DSC_1611DSC_1613DSC_1618DSC_1624DSC_1629