Majlis Penyampaian Sijil Program Pengurusan Bagi Penyelia-Penyelia TAP

Sabtu, 5 Jun 2010 – Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kemahiran Pegawai dan Kakitangannya, Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Sumber Tenaga Manusia dengan kerjasama Institut Teknologi Brunei (ITB) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Program Pengurusan untuk Penyelia kali ke tiga yang diadakan di Institut Teknologi Brunei (ITB), Jln Tungku Link, Gadong.

Tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Naib Chancellor Institut Teknologi Brunei Yang Mulia Dr Hj Omar Bin Haji Khalid.

Seramai 9 orang penyelia dari TAP menghadiri program tersebut yang berlangsung selama 3 minggu bermula dari 17 Mei 2010 hingga 5 Jun 2010. Program tersebut telah di adakan dengan tujuan untuk memperlengkapkan peserta dengan pengetahuan asas dalam bidang pengurusan yang efektif dan diantara tajuk yang tercakup dalam program tersebut termasuk Peranan Penyelia, Gaya Kepimpinan, Motivasi, Komunikasi yang berkesan dan Pekhidmatan Pelanggan.

Selain dari itu, salam ucapan wakil peserta program tersebut Awg Shahriman Bin Haji Moksin menyatakan program tersebut telah membolehkan peserta memahami peranan seorang penyelia didalam menghadapi cabaran kerja masa kini. Awg Shahriman mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada tenaga pelajar kerana mengkongsikan pengetahuan dan pengalaman mereka yang luas dan juga di atas peluang yang diberikan untuk mengikuti program tersebut untuk meningkatkan taraf kemahiran mereka.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus yang disampaikan oleh tetamu kehormat.


IMG_3099
IMG_3062
IMG_3091IMG_3093