Lakastah Sukan "Perlawanan Futsal dan Bola Jaring Antara Rumah-Rumah TAP 2009"
Ahad, 10 Mei 2009 – Lakastah Sukan! , tema aktiviti yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan dan Sukan Tabung Amanah Pekerja (BKSTAP) didalam menggalakkan budaya hidup yang aktif dan cerdas di kalangan pegawai dan kakitangan TAP diadakan pada hari ini.
Diadakan di Stadium Tertutup, Berakas, acara yang bermula seawal 7.30 pagi ini diisikan dengan sesi senamrobik dan perlawanan di antara rumah-rumah sukan TAP di dalam acara futsal bagi lelaki dan bola jaring bagi wanita. Sebanyak empat rumah bersaing didalam perlawanan berkenaan iaitu rumah Rupiah, rumah Yuan, rumah Dinar dan rumah Rupee. Juara keseluruhan bagi perlawanan futsal dan bola jaring dimenangi oleh rumah Dinar.
Tujuan program ini juga adalah bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan TAP secara sosial serta membantu mempertingkatkan mutu kerja dengan hubungan interpersonal yang cemerlang.