Penutupan Kaunter Perkhidmatan Tabung Amanah Pekerja
Tabung Amanah Pekerja (TAP) ingin memaklumkan bahawa semua kaunter-kaunter pembayaran TAP akan ditutup pada hari Sabtu, 6 Safar 1433 bersamaan 31 Disember 2011 memandangkan penutupan bank-bank bagi Tahun Akhir Kewangan. Walau bagaimanapun, kaunter perkhidmatan bagi pertanyaan dan pendaftaran serta Kiosk e-Info adalah beroperasi seperti biasa.
Manakala kesemua perkhidmatan kaunter TAP akan ditutup pada hari Isnin, 8 Safar 1433 bersamaan 2 Januari 2012 bagi cuti awam Awal Tahun 2012. Perkhidmatan kaunter TAP akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 9 Safar 1433 bersamaan 3 Januari 2012.
Segala kesukaran yang mungkin dihadapi adalah amat dikesali dan untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800 pada waktu bekerja.