Jerayawara Perancangan Kewangan


Selasa 18 Ogos 2009 - Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Jabatan Komunikasi Korporat hari ini meneruskan lagi Jerayawara Perancangan Kewangan didalam usaha untuk menambahkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan perancangan kewangan di kalangan remaja. Kira-kira 400 penuntut dari Maktab SOAS, Bandar Seri Begawan menghadiri taklimat tersebut yang bertempat Dewan Maktab berkenaan.

Aturcara dimulakan dengan persembahan lakonan sketsa dari penuntut Maktab tersebut yang berjodol “Buat Pilihan Bijak”. Lakonan tersebut talah mendapat tempat kedua didalam pertandingan Mari Cerita Berkumpulan yang dianjurkan oleh TAP dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Jun yang lepas.


Aturcara diteruskan dengan Taklimat TAP disampaikan oleh Awg Mohd Reza Bin Hj Zainal, dimana beliau menerangkan mengenai fungsi dan tujuan TAP ditubuhkan sebagai sebuah Organisasi Keselamatan Social. Manakala wakil dari Bank Baiduri, Dayang Siti Aminah binti Haji Abd Rahman, perancang kewangan yang diiktiraf, kemudian menyampaikan konsep perancangan kewangan. Beliau menekankan setiap impian memerlukan perancangan kewangan, ini termasuk impian untuk belajar di luar negeri, untuk membeli kereta atau untuk memiliki rumah. Turut dikongsikan sepanjang taklimat beliau adalah beberapa tips untuk memulakan perancangan kewangan di peringkat muda.

Sejak pelancaran Jerayawara Perancangan Kewangan pada tahun 2005, TAP telah menyelaraskan berbagai aktiviti perancangan kewangan seperti Peraduan Mari Cerita Berkumpulan, Teater Muzikal Perancangan Kewangan untuk kanak-kanak, Financial ExploRace, Peraduan Melukis Poster dan lain-lain. Selain dari itu jua, TAP terus mengadakan jerayawara perancangan kewangan kepada organisasi-organisasi dari sektor awam dan sektor swasta. Mana-mana institusi atau sekolah-sekolah yang berkehendakkan pihak TAP untuk mengadakan taklimat yang sama bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.




DSC_6857



DSC_6867



DSC_6877

Persembahan lakonan sketsa yang berjodol “Buat Pilihan Bijak”.

DSC_6892

DSC_6897

Pelajar dari Maktab SOAS berpeluang memenangi hadiah didalam sesi soal-jawab bersama TAP


DSC_6919

Wakil dari Baiduri Bank, Dayang Siti Aminah Binti Hj Abd.Rahman