Penutupan Kaunter TAP Pada 31 Mac 2009

TAP ingin memaklumkan bahawa semua perkhidmatan kaunter di Cawangan Tabung Amanah Pekerja (TAP) akan ditutup pada hari Selasa, 4 Rabiulakhir 1430H bersamaan 31 Mac 2009M bagi Penutupan Tahun Kewangan 2008/2009.

Perkhidmatan kaunter akan kembali beroperasi seperti biasa pada
hari Rabu, 5 Rabiulakhir 1430H bersamaan 1 April 2009M.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan e-info kiosk di Cawangan Ibu pejabat beroperasi seperti biasa.

Segala kesukaran yang dihadapi amatlah dikesali dan untuk sebarang pertanyaan, orang ramai bolehlah menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382800.