Ceramah Motivasi Pegawai dan Kakitangan TAP

Selasa, 30 Jun 2009 Sebagai salah satu program latihan dan perkembangan tahunan, Tabung Amanah Pekerja (TAP), melalui Jabatan Sumber Tenaga Manusia, mengadakan ceramah motivasi kepada pegawai dan kakitangan TAP bertempat di Dewan Teater, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan. Program berkenaan juga turut dihadiri oleh Awang Yusof bin Haji Abd Rahman, Pengarah Urusan TAP.

Program ini antara lain bertujuan untuk memberikan dan meningkatkan semangat serta motivasi warga kerja TAP didalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain dari itu, ianya jua diadakan bagi meningkatkan kesedaran akan kepentingan membawa dan mengadaptasikan perubahan yang positif demi mencapai kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahli TAP.

Ceramah berkenaan disampaikan oleh Dr Haji Zainuddin bin Haji Jaffar, Pensyarah Fakulti Perdagangan, Ekonomi dan Pengajian Dasar dari Universiti Brunei Darussalam, yang turut mengongsikan kaedah-kaedah dan teknik yang berkesan didalam menghadapi cabaran pengurusan serta memperkembangkan tahap motivasi tenaga kerja.

IMG_4772IMG_4778IMG_4784IMG_4787