Perlawanan Boling Antara Rumah-Rumah TAP Bagi Tahun 2010
Ahad, 7 Februari 2010 – Dalam usaha untuk meningkatkan tali silatulrahim di antara ahli-ahli Lembaga Tabung Amanah Pekerja (TAP), pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan TAP, Badan Kebajikan dan Sukan Tabung Amanah Pekerja (BKSTAP) hari ini mengadakan pertandingan boling bertempat di Pusat Utama Boling, Jalan Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohammad bin Haji Daud, Menteri Tenaga (Minister of Energy) di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga TAP. Majlis diresmikan dengan lontaran pertama dari Tetamu Kehormat.
Kejohanan ini bertujuan untuk memajukan sukan boling disamping menggalakkan warga TAP untuk bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan demi kesihatan mental dan fizikal.